I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY


WRAPPING YOU WITH ALL MY LOVE AS YOU HAVE DONE FOR ME ALL THOSE YEARS.


Bila aku dahaga, mama lah yang menyusukan aku
Bila aku lapar, mama lah yang masakkan aku
Bila aku nak makan, mama lah yang suapkan aku
Bila aku menangis, mama lah yang memujuk aku
Bila aku sedih, mama lah yang menjadi teman aku
Bila aku keseorangan, mama lah berada disamping aku
Bila aku sakit, mama lah yang menjaga aku
Semuanya MAMA….
Betapa besarnya pengorbanan seorang mama…
Menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh..
Aku dijaga dengan penuh kasih sayang..
Mama sanggup melakukan apa sahaja asalkan aku bahagia dan gembira…
Kasih sayang mama tak pernah luntur..
Dari dulu hingga kini dan aku pasti, SELAMANYA
Bila aku nakal, mama lah yang memarahi aku
Bila aku degil, mama lah yang selalu mencubit ku
Bila aku tak dengar cakap, mama lah yang selalu memukul ku
Tapi aku tahu dan sedar, semua itu adalah tanda kasih sayang seorang mama
Yang ingin melihat aku menjadi insan berguna
Dan bukannya menjadi sampah masyarakat…
I luv you mama…

Disini, sempena hari ibu, aku ingin menyampaikan beberapa anugerah dan penghargaan. Anugerah yang ingin aku sampaikan ini adalah lahir dari hati yang ikhlas…

Pertama sekali, Anugerah Tukang Masak Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama akan masak apa saja yang aku inginkan dan sentiasa sediakan makanan kegemaranku)

Anugerah ke-2 adalah Anugerah Pendengar Paling Setia

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Bila aku ada masalah ataupun cerita, mama lah tempat bercerita kerana dia sememangnya pendengar yang setia)

Anugerah ke-3 adalah Anugerah Sahabat Paling Setia

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama adalah sahabat yang sentiasa ada disisi semasa senang mahupun susah)

Anugerah ke-4 adalah Anugerah Penasihat Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama adalah pemberi nasihat dan contoh yang begitu berguna dalam mengharungi liku-liku hidup)

Anugerah ke-5 adalah Anugerah Pendidik Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
[Mama mendidik aku menjadi Anak yang berjaya dalam hidup (selain daripada guruku)]

Anugerah ke-6 adalah Anugerah Pengasuh Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama lah mengasuh aku supaya menjadi orang yang berguna dan bukannya *sampah masyarakat*)

Anugerah ke-7 adalah Anugerah Pelukan Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Berada dalam dakapan mama membuatkan diriku berasa tenang)

Anugerah ke-8 adalah Anugerah Pemberi Kasih Sayang Yang Setia

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama adalah insan yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayangnya)

Anugerah ke-9 adalah Anugerah Doktor Terbaik

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
[Bila aku sakit, mama lah yang selalu menjadi doctor aku (selain daripada doctor kat hospital ^_^)]

Anugerah he-10 adalah Anugerah PhD

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama telah berjaya membesarkan aku… Sekarang, semuanya bergantung pada aku… Boleh diibaratkan seperti kita memasak sejenis masakkan, mama telah menyiapkan semua bahan-bahannya dan siap memasaknya... Dan sekarang segalanya bergantung pada aku bagaimana hendak menghias masakkan tersebut)


Anugerah Pemberi Semangat Terbaik
Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Mama sentiasa memberi semangat dalam apa saja yang aku lakukan terutamanya dalam pelajaran... Setiap hari kalau musim exam, awal2 pagi lagi mama dah SMS untuk memberi semangat...Thankz mama!!!)


Anugerah MAMA TERBAIK

Pemenangnya adalah :: Mama Ku Sayang
(Aku pasti, tentu semua orang ingin mengikhtirafkan ibu mereka sebagai ibu terbaik. Begitu juga aku. Bagi aku, tiada insan lain yang bisa mengantikan tempat mama dihatiku)

Ingin tahu siapakah gerangannya ‘Mama Ku Sayang’????
Dialah ratu hatiku ::: GENTA ANAK PANA
Sebenarnya, ada banyak lagi anugerah yang ingin aku sampaikan… Tapi itu tak penting, walau sebanyak mana anugerah itu, senilai mana anugerah itu, kasih mama tetap no.1… Segunug emas permata, selautan wang ringgit juga tetap tidak dapat membalas jasa mama yang begitu berharga(infinity). Disini, aku ingin mendoakan  moga mama sentiasa sihat walafiat dan sentiasa tabah dan sabar membesarkan anakmu ini… Hanya satu yang aku ingin mama tahu, AKU SANGAT SAYANG MAMA!!! Dulu, Kini dan Selamanya
Kasih mama membawa ke syurga!!!!
SELAMAT HARI IBU!!!

Khas buat mama tersayang ::


Daripada anakmu :: SENORITA UNJEY ANAK GINCHANG

*Selamat Hari Ibu juga buat sume insan yang bergelar ibu*

3 comments: